Wednesday 26 September 2012

Prolog


Ya, dia pernah kecewa kerana cinta. Ya, dia pernah terjatuh kerana cinta. Ya, dia pernah menangis kerana cinta. Ya, dia pernah membenci Kaum Adam kerana cinta. Dan ya, dia pernah putus asa kerana cinta.

Tetapi, sampai bila dia harus merana kerana cinta? Setinggi mana dia harus letakkan egonya agar  tidak lagi parah kerana cinta? Bila bahagia mula mengintai untuk memenuhi ruang hati, tegarkah dia membuka pintu hati tersebut?

Sebaris nama , Airisyh Aisya  yang mungkin lembut disapa yang manis dikata. Namun, sebaris nama tidak mampu menjelaskan identiti seseorang. Tidak mampu mengungkap tingkahlaku seseorang. Tidak bisa menceritakan kehidupan pada masa lampau seseorang.

Dia pernah ketawa, dia pernah gembira, dan dia pernah suka! Dek kerana dikecewakan, dia hampa dan kecewa. Pintu hati yang pernah terbuka kini tertutup buat selama-lamanya. Bukan tiada yang menghampiri. Bukan tiada yang mendekati. Namun, kepada semua yang bertanya hanya dikatakan tidak. Salahkah dia kerana menolak cinta yang ditawarkan? Salahkah dia kerana mengatakan tidak tanpa memberi peluang kepada mereka?

Tidak! Bukan salah dia. Bukan ini pinta dia. Dia hanya insan biasa. Yang ada cacat-celanya. Yang tiada kesempurnaan yang mutlak. Tiada siapa di dunia ini mahu menjalani kehidupan tanpa dengan kehadiran insan teristimewa di hati. Tiada siapa termasuk dia, Airisyh Aisya. Tetapi, sudah itu suratan Ilahi. Dia hanya redha dan pasrah.

(bersambung...)