Ya, dia pernah kecewa kerana cinta. Ya, dia pernah
terjatuh kerana cinta. Ya, dia pernah menangis kerana cinta. Ya, dia pernah membenci
Kaum Adam kerana cinta. Dan ya, dia pernah putus asa kerana cinta.
Tetapi, sampai bila dia harus merana kerana cinta?
Setinggi mana dia harus letakkan egonya agar tidak lagi parah kerana cinta? Bila bahagia
mula mengintai untuk memenuhi ruang hati, tegarkah dia membuka pintu hati
tersebut?
Sebaris nama , Airisyh Aisya yang mungkin lembut disapa yang manis dikata.
Namun, sebaris nama tidak mampu menjelaskan identiti
seseorang. Tidak mampu mengungkap tingkahlaku seseorang. Tidak bisa
menceritakan kehidupan pada masa lampau seseorang.
Dia pernah ketawa, dia pernah gembira, dan dia pernah
suka! Dek kerana dikecewakan, dia hampa dan kecewa. Pintu hati yang pernah
terbuka kini tertutup buat selama-lamanya. Bukan tiada yang menghampiri. Bukan
tiada yang mendekati. Namun, kepada semua yang bertanya hanya dikatakan tidak.
Salahkah dia kerana menolak cinta yang ditawarkan? Salahkah dia kerana
mengatakan tidak tanpa memberi peluang kepada mereka?
Tidak! Bukan salah dia. Bukan ini pinta dia. Dia hanya insan biasa. Yang ada cacat-celanya. Yang
tiada kesempurnaan yang mutlak. Tiada siapa di dunia ini mahu menjalani
kehidupan tanpa dengan kehadiran insan teristimewa di hati. Tiada siapa termasuk dia, Airisyh Aisya. Tetapi, sudah
itu suratan Ilahi. Dia hanya redha dan pasrah.
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment